PENGENALAN
NUR BEAUTY HEALTH AND HAIR telah memulakan operasi pada 12hb Disember 2008 dengan semangat dan kecekalan untuk menjadi usahawan yang berdaya saing. NUR BEAUTY HEALTH AND HAIR juga ingin membekalkan sedikit kemahiran perniagaan untuk mereka yang berminat untuk mengusahakan perniagaan salun ini. Perniagaan ini juga menyediakan mesin dan kelengkapan sebagai sebuah pusat kecantiikan. NUR BEAUTY HEALTH AND HAIR juga menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dengan kecantikan.
Selaras dengan dasar kerajaan yang menggalakkan usahawan Bumiputera bergiat aktif dan merebut peluang di dalam sector perniagaan bagi memberi sumbangan kepada pembangunan negara mejadikan NUR BEAUTY HEALTH AND HAIR mengorak langkah menuju kejayaan. Peluang yang diberi akan digunakan semaksima yang mungkin. Sebelum memiliki premis perniagaan ini, beliau hanya membuat perniagaan dari rumah ke rumah.
NUR BEAUTY HEALTH AND HAIR akan menawarkan peluang pekerjaan bagi mereka yang berminat. Latihan akan diberi sekiranya tiada pengalaman bekerja. NUR BEAUTY HEALTH AND HAIRtelah melihat potensi perniagaan akan berkembang maju sejajar dengan kesibukan masa dan kepentingan menjaga kesihatan dan kecantikan di kalangan wanita mahu pun lelaki.
Perniagaan ini di miliki 50% oleh Rohana Binti Mohamad dan 50% oleh Nur Fateeha Binti Mohd Noh yang berani bersaing sungguhpun berhadapan dengan usahawan-usahawan yang jauh lebih hebat. NUR BEAUTY HEALTH AND HAIR akan menghadapi segala persaingan ini secara sihat dan membina. NUR BEAUTY HEALTH AND HAIR juga akan terkenal dan menjadi ikon kecantikan. Ini lah azam perniagaan kecantikan ini.
0 comments :
Post a Comment