LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

NUR BEAUTY AND HEALTH menyediakan tugas merangkumi perniagaan penjagaan badan dari hujung rambut hingga lah ke hujung kepala. Rawatan kecantikan seperti mencuci muka(facial), penjagaan kuku tangan (manicure) dan penjagaan kuku kaki (pedicure) adalah dari pakar yang mendapat latihan daripada GIATMARA. Salun menawarkan harga yang berpatutan untuk kelihatan jelita sepanjang masa.

Perniagaan ini pada awalnya dilakukan dari rumah ke rumah. Perkhidmatan mengurut selepas bersalin mendapat sambutan yang memberangsangkan. Kesedaran wanita betapo pentingnya menjaga kesihatan/penampilan merupakan idea tertubuhnya NUR BEAUTY AND HEALTH.

Tarikan utama terhadap kaum wanita ialah dengan memberi pakej selepas bersalin dengan menggunakan bahan-bahan tradisional dan cara perawatan tradisional. NUR BEAUTY AND HEALTH tidak hanya mensasarkan golongan Melayu sahaja tetapi turut memberi perkhidmatan bukan Melayu juga. Golongan bukan Melayu turut mempercayai keberkesanan
rawatan tradisional Melayu ini.

0 comments :

Post a Comment